Anak syarikat ini ditubuhkan oleh Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kesatuan Koperasi Malaysia (CUM) bersempena Perayaan Jubli Perak Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 1974. Mendiang P.P. Narayanan, bekas Presiden MTUC and Mendiang N. K. Kualarajah bekas Presiden CUM dan Pengurus Besar MCIS adalah pengasasnya .
Koperasi CUEPACS telah mengaqmbil alih anak syarikat ini pada 1985 yang kini mencuburi dalam bidang yang menyokong Koperasi dalam aktiviti berikut:

  • Insurans Am
  • Perdaganan
  • Pelbagai Perkhidmatan

Syarikat ini juga merupakan agen pemasaran untuk aktiviti perniagaan Koperasi CUEPACS.

Dalam mengkaji semula Plan 5-Tahun Koperasi CUEPACS aktiviti urusniaga baru telah juga dicadangakn untuk pertimbangan dan tindakan susulan TUCUM.