Skim Simpanan, Perlindungan & Kesihatan

Koperasi menawarkan kakitangan sektor awam satu skim insuran terbaik dengan kadar premium yang rendah dan penyertaan mudah yang dikenali sebagai Skim Insurans Kesihatan dan Simpanan yang diusahakan bersama dengan Takaful Nasional yang kini dikenali sebagai Etiqa Takaful. Skim ini mempunyai pelan penjimatan dan perlindungan seimbang yang meliputi perlindungan bagi 36 penyakit kritikal, kematian dan ketidakupayaan. Disamping kita menabung, kita juga dilindungi sepenuhnya, 24 jam sehari dan diseluruh pelusuk dunia. Sebagai sebuah koperasi, kami merupakan badan korporat yang menjalinkan hubungan dan perkhidmatan sepanjang hayat sama ada kepada pesara atau pun kepada seseorang yang masih dalam perkhidmatan. Koperasi CUEPACS adalah badan korporat dengan jaminan perundangan dana rizab dan dalam posisi terbaik untuk melaksanakan projek seperti ini. Berdasarkan pertimbangan dan tanggungjawab ini, Koperasi CUEPACS telah memulakan skim ini untuk memastikan perkhidmatan sepanjang hayat berterusan kepada kakitangan sektor awam.

Dengan bayaran minima RM 30.00 sebulan, peserta diberi perlindungan bagi 36 penyakit kritikal. 45% daripada bayaran tersebut dimasukkan kedalam tabung simpanan dan dikembalikan bersama dengan bonus apabila polisi tersebut matang kepada peserta sekiranya tidak ada tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan.

Melalui skim Eiqa Takaful, 464 keluarga yang kehilangan orang tersayang telah membuat tuntutan dan menerima bayaran yang dijamin sementara 330 peserta yang mengalami penyakit kritikal menerima pembayaran sekaligus. Setakat 31 Mac 2107, jumlah tuntutan yang telah dibayar berjumlah RM28,623,256.54.

Peserta juga boleh menuntut manfaat hospital apabila dimasukkan ke hospital selama lebih dari 6 jam sehari. Kadar bayaran adalah berpandukan kepada kadar bayaran bulanan seseorang. Setakat 31 Mac 2017, jumlah sebanyak RM430,460.00 telah dibayar sebagai faedah hospital.

Kakitangan Perkhidmatan Awam dialu-alukan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam skim ini. Anda boleh menyertai skim ini dengan mengisi borang permohonan dan menyerahkannya bersama satu salinan salinan slip gaji terkini kepada urusetia untuk tindakan susulan.

Muat turun Borang Permohonan

Mukasurat 1 , Mukasurat 2 , Mukasurat 3 , Mukasurat 4

Skim Kumpulan Komprehensif & Perlindungan Haji & Umrah

Di bawah skim baru ini peserta akan mendapat perlindungan bagi 40 jenis penyakit kritikal dan pada masa yang sama mereka dapat menyimpan wang untuk menunaikan Haji & Umrah. Elaun hospital harian akan dibayar untuk penyakit bukan kritikal.

Muat turun Borang Permohonan

Mukasurat 1 , Mukasurat 2 , Mukasurat 3 , Mukasurat 4

Insurance payment to family
Atas : Pembayaran oleh insuran kepada keluarga