chairmanKoperasi CUEPACS telah ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan untuk menjalankan projek dan aktiviti yang dapat membantu kakitangan sektor awam. Setelah bertungkus lumus selama 45 tahun, terutamanya dalam memenuhi keperluan perumahan dari keahlian, koperasi kini berada ditahap yang membanggakan untuk menceburi perkhidmatan lain.

Ahli-ahli koperasi yang telah melabur didalam koperasi kini telah memperolehi manfaat dari perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi serta menikmati pulangan yang berterusan dari pelaburan mereka. Sejak kebelakangan ini, koperasi telah menambahkan pelbagai produk berasaskan sektor pertanian sebagai salah satu usaha terbarunya dan sedang mengkaji keperluan dan peluang untuk menerokai bidang lain.

Kehendak pekerja sektor awam kini telah berubah. Jika pada masa dulu permintaan keahlian adalah lebih kepada pemilikan rumah, yang telah dicapai oleh koperasi, kini permintaan bukan sekadar untuk perumahan tetap perumahan di lokasi-lokasi utama.

Kakitangan sektor awam pada hakikatnya membelanjakan penggajian bulanan mereka. Adakalanya mereka memerlukan pinjaman kecil untuk perbelanjaan tertentu atau pun untuk bayaran cagaran untuk sesuatu keperluan. Budaya atau pun trend ini akan berterusan dan koperasi bersedia untuk memenuhi kehendak mereka di samping menggalakkan mereka untuk menabung dahulu sebelum berbelanja. Koperasi telah menyediakan pelbagai skim untuk matlamat ini.

Kesatuan sektor awam juga memainkan peranan penting dalam memastikan keahilian mereka mempunyai kuasa beli untuk menikmati taraf hidup yang baik. Usaha-usaha memperjuangkan kenaikan gaji adalah untuk memastikan kuasa beli keahlian mereka sentiasa berterusan dan bertambah maju agar ahli-ahli mereka dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

Golongan pekerja pula perlu bersatu dan berganding bahu dalam menuntut hak mereka. Ini hanya dapat dicapai dengan kesedaran dan pendidikan kesatuan sekerja yang berterusan untuk akar umbi kesatuan. Pemimpin-pemimpin kesatuan juga perlu didedahkan kepada aspek-aspek ekonomi melalui pendidikan kesatuan agar mereka boleh memperolehi gambaran yang menyeluruh. Kesemua ini merupakan salah satu komponen dalam pembangunan kesatuan. Ini juga akan menguatkan pergerakan koperasi pekerja.

Koperasi CUEPACS sentiasa bersedia untuk memperbahuri usaha-usaha lama untuk membantu dan bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan melalui program-program pendidikan untuk pencapaian kearah ini.

Koperasi CUEPACS sanggup bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam untuk mendirikan projek perumahan di tapak-tapak yang sesuai sekiranya ada permintaan dan sokongan. Matlamat utama Koperasi CUEPACS adalah untuk memberi perkhidmataan yang bermanfaat kepada golongan pekerja sektor awam dan ia tidak harus dipandang sebagai sebuah organisasi yang bertujuan meraut keuntungan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang melabur di dalam koperasi mengharapkan pulangan dari pelaburan tersebut. Harapan ini sememangnya telah dicapai dan akan terus dicapai oleh koperasi dengan cara seimbang.

A.H.Ponniah
Pengerusi