Koperasi CUEPACS ditubuhkan pada tahun 1971 semasa mesyuarat yang diadakan oleh CUEPACS satu resolusi untuk menubuhkan kopeasi yang telah diluluskan oleh perwakilan semasa Konvensyen ke 11 CUEPACS yang telah diadakan pada tahun 1970. Koperasi telah dipertanggungjawabkan dengan empat objektif :
- Membangunkan projek pemilikan perumahan
- Memberi pinjaman dan skim simpanan
- Bergiat dalam perdagangan dan enterprise kecil
- Memudahkan peluang pelaburan
Koperasi CUEPACS dengan serta merta telah melancarkan projek perumahan dan kemudahan pinjaman serta program pembelian tanah dan skim simpanan .
Semasa penubuhan koperasi pada tahun 1971, 120 pegawai kesatuan sekerja dan aktivis telah hadir ke majlis pelancaran Koperasi. Sejak itu, lebih daripada 33,000 kakitangan sektor awam telah menjadi anggota koperasi dan telah memperolehi manfaat dari pelbagai skim dan projek yang dilaksanakan oleh Koperasi.
Di skim perumahan sahaja koperasi telah membina lebih 4000 unit rumah melalui beberapa projek perumahan. Projek telah dilancarkan di Taman Koperasi Cuepacs Cheras Batu 7, Taman Koperasi Cuepacs Segambut, Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 Jalan Cheras, Taman Koperasi CUEPACS Labu, projek usahasama dengan Taman Jaya Mas Seremban dan melalui pelaburan di Syarikat Perniagaan CUEPACS untuk membina apartmen di Brickfields. Kini koperasi juga telah membuat pelaburan salah satu projek perumahan di Tampin untuk menjamin perumahan yang mencukupi untuk kakitangan sektor awam yang menetap di situ.
Koperasi CUEPACS kini terletak di bangunan 6 tingkat di Sentul Boulevard.
Mesyuarat kawasan keanggotaan – Sekali setiap 2 tahun
Persidangan Perwakilan – 1 kali setahun
Mesyuarat Lembaga – 1 kali sebulan
Jawatankuasa Pengurusan & Kewangan – diantara Mesyuarat Lembaga
Anggota-anggota Jawatankuasa Pengurusan (Pengerusi. Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari)
Koperasi Cuepacs diterajui oleh 15 orang Anggota Lembaga dan dibantu oleh Jawatankuasa Pengurusan. Satu Jawatankuasa Pengurusan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Utama dan kakitangan sokongan mengelola semua urusan harian di koperasi.
PELAN 5 TAHUN KCB
Koperasi berfungsi dengan objektif yang telah dirancang untuk tempoh 5 tahun. Sorotan objektif semasa adalah seperti berikut:-
- Mencapai kadar dividen maximum untuk koperasi ahli CUEPACS
- Ganjaran dalam perkhidmatan insurans
- Perkhidmatan sosial dan penjanaan pendapatan dalam perkhidmatan hartanah.
- Melabur dalam pembangunan perumahan
- Faedah untuk menarik kesetiaan keahlian.
- Penyertaan pinjaman untuk ahli
- Q-Farm - meningkatkan pengeluaran dan maksimumkan penggunaan ruang
- TUCUM Sdn Bhd - pada mulanya ditubuhkan oleh mtuc dan cum dan diambil alih oleh koperasi pada tahun 1985 untuk mewujudkan peluang perniagaan
- Cabaran KCB - keahlian dan kepemimpinan