Open For Sale - Apartments

  1. 3-Room Walk-Up Apartments 1010-1030 Sq. Ft. (4 Floors)
  2. Price are fixed and ranges from RM175,000 to RM195,000. Higher the floor, lower the price.
  3. Freehold, Stratified, Refurbished, and Ready for Occupation.
  4. Site: Taman Koperasi CUEPACS Kajang; Batu 12 Jalan Cheras, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
  5. Built in 02/07/1998; CF obtained 12/02/1998. Unsold.

We have opened the sale again after a long wait and offer the opportunity for the purchase of these earlier built medium cost walk-up apartments.

The member can purchase even if had bought a Koperasi home earlier.

The member can purchase through their Government Housing Loan, Bank Loan or Cash.

This is a direct sale and not to third parties. Those who confirm interested to purchase can view and purchase. A date would be fixed for viewing once Koperasi is notified. Kindly fax for confirmation to Fax No 03-40429475.

If by 28th March 2019, 5.00pm there are no takers, the apartments will go for open sale on first-come-first-serve basis.

For more details, download here.

Berita KCB 2017-1

MAPT 2017

Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan 2017 telah diadakan pada 24 Mei 2017 di Hotel Grand Pacific, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini yang telah dihadiri oleh perwakilan dari 9 Kawasan dan Ahli Lembaga, telah melantik Ahli-ahli Lembaga Baru disamping meluluskan Laporan Tahunan serta Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2016. Antara lain, satu resolusi yang diluluskan mencadangkan perubahan kepada undang-undang berhubung Dana Berkanun yang kini menyekat kuasa Koperasi untuk melabur wang tersebut demi kepentingan faedah kepada anggotanya.

AGMD 2017
Gambar 1: MAPT Ke-39 Koperasi CUEPACS

Perbadanan Pengurusan Pangsapuri / Badan Pengurusan Bersama

Pangsapuri binaan koperasi di Taman Koperasi CUEPACS Kajang terletak di 18 kawasan pembangunan dan terdiri daripda 7 Badan Pengurusan Bersama dan 10 Perbadanan Pengurusan. Bagi tahun 2017, 2 Badan Pengurusan Bersama dan 7 Pengurusan Perbadanan telah diserah kepada sebuah Syarikat Pengurusan yang akan bertanggungjawab bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Urusan ini sepatutnya tamat pada penghujung bulan Disember 2017, namun mereka masih belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Pesuruhjaya Bangunan telah menetapkan tarikh penyelesaian tetapi isu ini masih belum selesai. Walaubagaimana pun, 1 Pengurusan Perbadanan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan telah melantik jawatankuasa sendiri dan sedang berfungsi dengan berkesan.

Cuepacs Apartment MC Committee
Gambar 2: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Pangsapuri CUEPACS (Geran 62169)

Kelab Sukan Koperasi

Kelab Sukan Koperasi CUEPACS, sebuah entiti berasingan menjalankan aktiviti sukan bagi ahli-ahlinya dan aktivitinya terbuka kepada semua anggota Koperasi. Acara Bowling pada tahun ini telah diadakan pada 20 Mei 2017 di Pacific Bowl yang terletak di Kompleks Mutiara, Batu 3 ½, Jalan Ipoh. Lembaga Koperasi juga telah menghantar satu pasukan untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Hadiah-hadiah yang menarik telah disampaikan kepada pemenang dan juga peserta-peserta.

Koop Sports Club
Gambar 3: Pertandingan Bowling sedang berlangsung

Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga dan Kakitangan Koperasi CUEPACS

Koperasi Board and Staff get together
Gambar 4: Kakitangan dan Ahli Lembaga di Majlis Makan Malam

Ahli Lembaga dan kakitangan mengadakan majlis makan malam di tempat-tempat seminar dan bengkel anjuran Koperasi. Kakitangan disediakan dengan tempat penginapan dan peluang untuk beramah mesra. Mereka juga dibenarkan membawa ahli keluarga untuk menyertai aktiviti tersebut disamping meningkatkan semangat koperasi.

Seminar / bengkel di atas telah diadakan di Pusat Latihan LIIM, Bagan Lalang, Sungeri Pelek, Sepang

Syarikat Subsidiari Koperasi TUCUM

Koperasi subsidiary TUCUM company shareholders
Gambar 5: Pemegang-pemegang sahad terhad TUCUM

Pemegang saham selepas mesyuarat tahunan 2017 kelihatan gembira setelah pengistiharan dividen berikutan keuntungan untuk tahun kedua.

Perhimpunan Menuntut Tanah Hak Milik Bebas Taman CUEPACS Segambut

Masa penentuan bagi pemilik rumah yang telah berusaha bersungguh-sungguh selama 30 tahun dalam cubaan meyakinkan Pejabat Tanah Persekutuan bahawa geran tanah mereka yang berstatus pajakan adalah salah dan harus ditukar kepada hak milik bebas. Koperasi CUEPACS selaku pemaju perumahan tersebut juga telah mengambil usaha sendiri tetapi juga gagal. Sejarahnya ialah pembangunan tersebut menjadi mangsa kepada dasar bandar untuk memulihkan kembali tanah melalui syarat-syarat yang dikenakan untuk kelulusan pembangunan. Syarat pegangan pajak menyerah kalah kepada pemaju sebagai pilihan Hobson, 'menyerahkan pegangan bebas untuk pegangan pajak untuk mendapatkan kelulusan pembangunan'.

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Koperasi pada 29 Mac 2015 telah mendapat persetujuan majoriti pemilik untuk mengambil tindakan undang-undang atas kepercayaan “tiada risiko tiada keuntungan” sebagai tindakan terakhir. Pada bulan September 2016 mahkamah membuat keputusan memihak kepada pemilik. Sebanyak 74 kes telah difail dan sehingga kini 60 pemilik telah memperolehi hak milik bebas manakala yang lain sedang diproses.

Tmn Cuepacs Segambut freehold rally for freehold land claim meet
Gambar 6: Perhimpunan di Dewan Komuniti Taman Koperasi CUEPACS yang mengambil keputusan untuk tindakan undang-undang

Pelancongan TUCUM

TUCUM dengan sokongan kelab sukan dan Lembaga Koperasi menganjurkan lawatan sebagai aktiviti untuk anggota Koperasi. TUCUM telah berjaya menganjurkan lawatan ke Kemboja, Bali dan Sri Lanka.

tucum tours 1
Gambar 7: Dalam perjalanan bot di samping menikmati pemandangan berdekatan bot-bot nelayan
tucum tours 2
Gambar 8: Banyak aktiviti lain turut diadakan termasuk melawat tempat-tempat bersejarah serta membeli-belah
tucum tours 3
Gambar 9: Gunung Berapi Batur di Bali yang terletak 30km dari Gunung Agung yang baru sahaja meletus
tucum tours 4
Gambar 10: Makan malam ala cruise sebagai acara khas kumpulan pelancongan

Perhatian: Lawatan Ke Vietnam 2018

Pakej pelancongan seterusnya yang akan dijalankan adalah lawatan ke Vietnam. Ia adalah aktiviti yang membawa manfaat berganda. Ia memberi peluang kepada ahli Koperasi untuk membuat lawatan dengan harga berpatutan disamping mengukuhkan perpaduan.

Pangsapuri untuk Penyewaan

Pangsapuri 3 tingkat tanpa lif disediakan untuk disewa di Taman Koperasi CUEPACS Kajang. Mereka yang berminat boleh mengubungi kakitangan Koperasi, Puan Aswati di talian 03 - 40429476.

Projek Perumahan Baru

Tapak baru untuk pembangunan projek perumahan rumah dua tingkat terhad telah dikenalpasti di Jalan Rasah, Seremban. Kakitangan sektor awam dan pesara boleh menghubungi pejabat koperasi jika mereka mempunyai minat terhadap projek yang sedang dibangunkan.

Skim Pinjaman Koperasi

Koperasi menawarkan kemudahan pinjaman peribadi kepada ahli koperasi. Kadar faedah yang dikenakan adalah diantara 4 – 7 % tertakluk kepada jenis pinjaman yang dipohon. Kelulusan adalah segera sekiranya semua dokumen lengkap. Ahli-ahli digalakkan mengambil pinjaman mesra yang disediakan.

Skim Insuran Koperasi CUEPACS

Skim Etiqa Takaful - Skim Insurans Kesihatan dan Simpanan

Koperasi menawarkan kakitangan sektor awam kadar premium yang baik, rendah dan mudah untuk menyertai Skim Insurans Kesihatan dan Simpanan yang dilaksanakan bersama dengan Takaful Nasional yang kini dikenali sebagai Etiqa Takaful. Skim ini mempunyai pelan penabungan dan perlindungan seimbang bagi 36 penyakit kritikal, kematian dan ketidakupayaan. Apabila seseorang menabung dia dilindungi sepenuhnya. Koperasi CUEPACS telah memulakan skim ini untuk menyediakan perkhidmatan sepanjang hayat yang berterusan kepada kakitangan sektor awam.

Kakitangan sektor awam digalakkan menyertai skim ini secara aktif.

Skim Insuran Simpanan Haji & Umrah 

Skim ini yang baru dilancarkan bertujuan untuk memberi penjagaan dan perkhidmatan kepada ahli baru dan muda koperasi. Borang dan risalah akan disediakan dan diedarkan kepada pelanggan yang berpotensi tidak lama lagi.