Koperasi menawarkan 6 jenis pinjaman seperti berikut:

  1. Pinjaman Kredit: Sehingga 80% nilai kredit ahli dengan Koperasi
  2. Pinjaman dengan Penjamin: Sehingga had maxima RM 5,000.00
  3. Pinjaman Berjamin: 4 kali nilai deposit atau 6 kali gaji bulanan
  4. Skim Simpanan & Pinjaman: Sehingga had maxima RM 10,000.00
  5. Pinjaman Kecemasan: Pinjaman kecil untuk kegunaan segera
  6. Pinjaman Haji: Menunggu ratifikasi

Semua pinjaman mempunyai kadar faedah standard sebanyak 5.5% kecuali 6% untuk Skim Simpanan dan Pinjaman dimana pinjaman maksimum ialah RM10,000.00

Koperasi menyediakan pinjaman yang berpatutan kepada ahli tetapi menggalakkan mereka untuk hanya mengambil pinjaman apabila ia benar-benar diperlukan. Pinjaman bertindih dibenarkan. Pindaan kepada Peraturan juga telah dicadangkan untuk membolehkan anggota yang telah bersara daripada perkhidmatan untuk mengambil pinjaman.

Kadar faedah bagi simpanan dan langganan akaun pinjaman adalah sama dengan kadar faedah deposit tetap 12 bulan yang ditempatkan di Maybank pada hari kerja pertama tahun tersebut yang diluluskan oleh AGDM yang ke-34. Mereka yang mempunyai simpanan yang mencukupi di bawah skim ini semasa mengambil pinjaman hanya akan dikenakan kadar faedah yang sama.

Skim-skim ini dikaji semula secara berkala di bawah Rancangan Lima Tahun KCB.

Lembaga Pengarah telah mencadangkan satu skim baru yang dinamakan skim Pinjaman Haji. Had maksimum pinjaman bagi setiap permohonan ialah RM20,000.00 dengan kadar faedah 4%. Tempoh pinjaman ialah diantara 36, 48 atau 60 bulan. Terma dan syarat lain untuk pinjaman adalah seperti yang dinyatakan dalam peraturan. Untuk dilaksanakan setelah diluluskan oleh Mesyuarat AGDM Koperasi.

KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN KOPERASI CUEPACS

Khairat kematian dibayar disamping nilai saham langganan yang dipegang oleh ahli berkenaan di Koperasi. Kadar bayaran adalah dari RM200.00 hingga RM1,550.00 bergantung kepada jumlah simpanan yang dipegang oleh ahli semasa meninggal dunia. Had maksima pembayaran adalah RM 10,000.00. Terdapat ahli yang hanya menyimpan had terendah sebanyak RM500.00 untuk layak menjadi ahli koperasi dan mereka masih layak mendapat bayaran minimum sebanyak RM200.00. Skim ini sebaliknya memberi galakan kepada semua anggota Koperasi untuk menyimpan jumlah saham langganan yang munasabah dengan Koperasi.