membership03Cuepacs MembershipCuepacs Membership

 

 

 

 

 

Keanggotaan Koperasi adalah terbuka kepada semua:

1) Kakitangan Sektor Awam, Badan Berkanun, Syarikat Berlesen Kerajaan dan pesara kerajaan.
2) Penama atau wakil sah disisi undang-undang seseorang ahli yang telah meninggal dunia tertakluk kepada Undang-undang Kecil 55(2).

Sebagai pengiktirafan akan kepentingan mewujudkan kesedaran Koperasi, pada tahun lepas, Koperasi telah menyebarkan maklumat berhubung perkhidmatannya kepada lebih daripada 2,000 kakitangan awam. Kebanyakan mereka adalah ahli koperasi lain dan mengambil bahagian secara selektif dalam program Koperasi.

Penyelidikan dan maklumbalas yang diterima oleh Koperasi di mesyuarat menunjukkan terdapat minat dan sokongan untuk projek-projek perumahan dan ia akan menyumbang kearah pertumbuhan Koperasi secara berterusan. Koperasi telah memulakan perumahan sebagai objektif utama. Kemudahan berjimat dan pinjaman ditambah dengan pelan selamat tetapi pasaran ini dipenuhi pesaing manakala permohonan untuk pinjaman adalah sangat kecil. Kajian semula telah dilakukan secara berkala berdasarkan kepada keperluan keanggotaan, dan satu yang dikenalpasti adalah untuk membuat penambahbaikan kepada kemudahan pinjaman Koperasi. Walau bagaimanapun, perumahan tetap menjadi matlamat utama Koperasi. Pelan 5-Tahun Koperasi termasuk membina projek perumahan campuran.

Pembayaran: RM10.00 untuk penerimaan dan pendaftaran. Langganan bulanan RM30.00.

RM100.00 dari amaun yang dibayar akan diagihkan sebagai modal saham dan selebihnya terkumpul sebagai langganan saham.

Muat turun Borang Keanggotaan.